Dengan klik satu butang sahaja, kita akan dapat 'trace' di mana lokasi kem perubatan, dapur panas AKFP di lokasi terjejas banjir.
Inventory online rakan NGO kami ini memang memudahkan volunteer untuk menyampaikan bantuan.
Pertemuan kami dengan Alkhidmat Foundation Pakistan (AKFP) amat berharga bukan sahaja dari segi ukhwah, tetapi mendapat maklumat penting bagi misi bantuan banjir di Pakistan.
Alhamdulillah awal pagi tadi kami tiba di Sukkur, Sindh untuk mendirikan klinik bergerak di beberapa lokasi untuk menjalankan misi perubatan kepada mangsa banjir.
*100 peratus sumbangan akan digunakan untuk misi perubatan kepada mangsa banjir di Pakistan