Selepas seminggu tim sukarelawan BeVital berkhidmat di lokasi keperluan perubatan di Sindh dan Balochistan, misi sampai ke pengakhirannya.
Lebih 550 mangsa banjir di enam lokasi di Sindh dan Balochistan, dua wilayah paling terjejas banjir, berjaya dirawat doktor sukarelawan BeVital.
Alhamdulillah dengan bantuan AlKhidmat Foundation Pakistan, perjalanan misi berjalan lancar dan memudahkan sukarelawan BeVital ke lokasi 'ground zero' termasuk di Mehar, setakat ini hanya boleh diakses melalui bot.
Selain membuka klinik, tim sukarelawan BeVital menyumbang 'hygiene kits' kepada lebih 40 keluarga yang memerlukan di kem penempatan sementara Rohri, Sindh.
Terima kasih kepada semua yang menyumbang untuk misi pertama kami di luar negara.
Sumbangan telah disalurkan kepada kelompok yang terjejas di Pakistan akibat banjir besar menenggelamkan satu pertiga negara itu akhir Ogos lalu.
#BeVital
#pakistanfloodrelief2022
#NoOneLeftBehind