Setelah dua hari menjalankan "klinik mobile" di tiga lokasi di wilayah Balochistan, pasukan sukarelawan BeVital bergerak ke wilayah Sukkur, Sindh.
Lokasi seterusnya adalah kem medikal Old Sukkur yang terletaknya di tepi jalan menuju ke Jambatan Landsdowne merentasi Sungai Indus.
Alhamdulillah dengan seorang doktor sukarelawan iaitu Dr Alan, seramai 100 mangsa banjir menerima konsultasi kesihatan dan ubat-ubatan.
Kini, seramai 600,000 mangsa masih lagi berada di kem penempatan sementara ketika Pakistan masih bergelut dengan bencana banjir yang menyebabkan 7.6 juta hilang tempat tinggal.
Seratus peratus sumbangan akan disalurkan untuk bantuan mangsa banjir Pakistan dengan kerjasama Al Khidmat Foundation Pakistan.
Bantu mereka:
https://bit.ly/floodreliefpakistan
https://bit.ly/BVPakistanFloodRelief
Siap sedia 'loading' ubat ke kawasan terputus hubungan di Maher, Sindh.