Pasukan Perubatan BeVital Bertolak ke Lahore

Pasukan Perubatan BeVital Bertolak ke Lahore

Selepas dua minggu menunggu kelulusan visa, pasukan perubatan BeVital akhirnya berlepas ke Lahore, Punjab bagi misi bantuan banjir Pakistan pada hari ini.

Tim berlepas dari KLIA ke Lahore melalui penerbangan Batik Air jam 5.50 petang.

Pasukan lima sukarelawan, termasuk dua doktor perubatan, akan membantu operasi klinik bergerak di kem penempatan sementara mangsa banjir di wilayah Sindh.

Sindh adalah wilayah paling terjejas teruk banjir dengan lebih 430,000 daripada 600,000 mangsa di kem penempatan sementara, berada di wilayah itu.

Banjir dahsyat di Pakistan sejak akhir Jun lalu menyebabkan 7.6 juta hilang tempat tinggal dan mengorbankan 1,600 mangsa dengan satu per tiga darinya adalah kanak-kanak.

Selain menempatkan doktor di kem penempatan sementara, pasukan BeVital juga menghantar bekalan ubat sumbangan rakyat Malaysia.

Untuk menyumbang, klik pautan di bawah:

Sumbang RM 20 untuk seorang mangsa


Atau derma seberapa nilai


#BeVital #NoOneLeftBehind

Disclaimer: Semua dana sumbangan akan disalurkan 100 peratus bagi misi bantuan banjir Pakistan 2022


Pakistan