Seorang Perempuan 13 Tahun Meminta Rawatan Seorang Diri

Seorang Perempuan 13 Tahun Meminta Rawatan Seorang Diri

Banjir yang melanda Pakistan telah menjejaskan kehidupan lebih 33 juta orang dan meragut hampir 1700 nyawa rakyat yang daripadanya adalah keluarga, rakan, adik beradik dan orang tersayang.

Semalam, tim sukarelawan medikal BeVital membuka klinik di pusat penempatan sementara Rohri, Sindh.

Anggaran dalam 700 orang yang ditempatkan di situ asalnya dari bandar yang lain.

Dalam majoriti orang yang terkesan, tim sukarelawan terjumpa dengan seorang kanak-kanak perempuan berumur dalam lingkungan 13 tahun datang untuk meminta rawatan seorang diri.

Selepas 'asssessment' kesihatan dari Dr Alan, doktor sukarelawan BeVital, dia pergi ke kaunter farmasi untuk mengambil ubat yang diperlukan.

Pasukan sukarelawan, bukan sahaja BeVital, juga Alkhidmat Foundation, terkejut dan sebak dengar yang seluruh ahli keluarganya sudah tiada akibat banjir dan hanya dia seorang yang tinggal.

Musibah hilang tempat tinggal sudah amat besar bagi rakyat Pakistan, inikan pula kehilangan ahli keluarga.

60000 orang yang terjejas masih lagi berada di kem banjir sementara dan banyak kawasan, tempat tinggal yang belum pulih.

Sedekah pada hari Jumaat adalah yang paling baik daripada sekalian hari lain.

Bagi yang hendak menderma:

https://bit.ly/floodreliefpakistan


#BeVital
#PakistanFloodRelief2022
#NoOneLeftBehind

Pakistan (5)