Sukarelawan misi bantuan banjir BeVital selamat mendarat di Lahore, Pakistan

Sukarelawan misi bantuan banjir BeVital selamat mendarat di Lahore, Pakistan

Alhamdulillah selepas enam jam penerbangan, tim sukarelawan misi bantuan banjir BeVital selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Allama Iqbal, Lahore, Pakistan jam 9 malam.

Selesai urusan imigresen di lapangan terbang, tim bergerak ke ibu pejabat, rakan NGO, Alkhidmat Foundation di Lahore.

Tim sukarelawan perubatan yang diketuai Dr Fadzly Hussin dijadualkan akan bergerak ke lokasi ground zero di Sindh dan Balochistan hari ini.

Banjir monsun telah menyebabkan 33 juta rakyat Pakistan terjejas dengan satu pertiga negara itu dilaporkan tenggelam, hujung Ogos lalu. Lebih 600,000 dilaporkan masih berada di kem penempatan sementara dan memerlukan bantuan masyarakat dunia untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Untuk sokong misi ini:
Sumbang RM 20 untuk seorang mangsa

Atau derma seberapa nilai

#NoOneLeftBehind
#BeVital

8
pakistan2
pakistan1