"Lebih 1 bulan tinggal dalam khemah"
Begitulah keadaan di selatan Pakistan walaupun sudah 1 bulan banjir besar melanda. Lebih merisaukan, peningkatan mendadak kes penyakit berjangkit bawaan air seperti taun, cholera, demam denggi dan malaria.
Alhamdulillah, dengan kerjasama NGO tempatan, Alkhidmat Foundation Pakistan, doktor sukarelawan, Dr Fadzly dan Dr Alan, dapat memulakan operasi dan merawat mangsa banjir di lokasi yang pertama iaitu kem perubatan Jafarabad, Balochistan.
Kami dimaklumkan, @bevitalg merupakan team perubatan yang pertama dari Malaysia yang tiba di kawasan-kawasan banjir selatan Pakistan. Pasukan ini mendarat di Lahore pada 29th September dan akan menjalankan misi bantuan banjir sehingga 9th Oktober di pelbagai lokasi selatan Pakistan.
Terima kasih TV Al-Hijrah atas liputan terkini dari "ground zero" Pakistan.
https://www.instagram.com/p/CjNs9hvhrP6/